Selasa, 3 Mei 2016

Assalamualaikum  semua ibu-ibu dan bakal ibu..di sini saya kongsikan tentang Penyusuan Cetusan @ Induced Laction, sharing ini adalah intipati daripada courses yang saya hadiri dulu....

Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah suatu perkara yang mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu-ibu angkat berusaha menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Semasa kehamilan, badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara bagi penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras hormon progesteron dan hormon estrogen akan menurun manakala aras hormon prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payu dara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payu dara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Pil perancang
Bilakah induce lactation harus bermula? Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula enam bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada empat fasa. Fasa satu adalah dengan memakan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan "meniru" proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan. Fasa dua pula adalah menghentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu. Fasa tiga adalah memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu dan fasa empat dengan memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Nasihat
Nasihat saya kepada ibu (ibu angkat) ialah susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaik-baiknya susukan bayi sekurang-kurang selama enam bulan pertama hayatnya, ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada "arahan" daripada otak. Jadi didiklah otak supaya mahu bekerjasama dengan kita untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi anda. 

Latih bayi menyusu terus daripada payu dara ibu untuk meningkatkan rangsangan bagi menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS (rujuk rajah di bawah) boleh digunakan. Jangan sesekali memperkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, gunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting. Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payu dara ibu. Kesannya payu dara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan. 

Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenal pasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Hukum
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita telah mencapai umur baligh sama ada berkahwin atau sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha' juga sepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung daripada payudara dan secara tidak langsung menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. 

Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. 

Hujah thabitan ini kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payu dara. 

Bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan. Muzakarah juga memutuskan wanita beragama Islam tidak dilarang menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama' mazhab Shafie dan Hambali, kerana untuk sah atau sabit menjadi anak susuan perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130120/kn_01/Penyusuan-anak-angkat

Sabtu, 23 April 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...Lama tak menulis blog kita. Sebenarnya baru balik dari Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40Jam...dah Jadi Kaunselor Penyusuan la kita...okay nak share la sikit sepanjang 6 hari berkursus..Kursus ni sangat lah memenatkan..tetapi ilmu yang kita dapat tersangatlah bermanafaat untuk diri sendiri dan ilmu ini akan dikongsikan dengan ibu-ibu di luar sana.

Hari ini kita nak share cara Penyimpanan/Pengendalian Susu Perahan (EBM).. Supaya ianya tak hilang begitu sahaja saya ada buat Fridge Magnet. Kalau ada pembaca blog berminat nak oder boleh la hubungi saya ya..no telefon ada di bawah tu...Murah je RM14.90 sekali postage. Saiz 10cm x 11cm. Tepek je di peti sejuk senang...sesuai untuk kita letak dirumah, taska atau rumah pengasuh...Ingat tau eksklusif breastfeeding selama 6 bulan tanpa air dan makanan lain dan untuk kita sempurnakan penyusuan seperti yang di sebutkan di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 kalau tak silap...hendaklah sehingga 2 tahun. Kenapa...nanti saya bercerita lagi ya...jumpa lagi.

PENGENDALIAN SUSU PERAHAN (EBM)
SUSU PERAHAN ( FRESH MILK )
KEADAAN
SUHU
TEMPOH PENYIMPANAN
Suhu Bilik
27°c-32°c
3-4jam
Bilik BerAircond
16°c-26°c
4-8jam
Cooler Bag
15°c
24jam
SUSU PERAHAN ( FRESH MILK )
Peti sejuk 1 Pintu
0°c-4°c
2 Minggu
Peti sejuk 2 Pintu
0°c-4°c
3 Bulan
Ruangan sejuk (Chiller)
2°c-4°c @ Pelbagai
3-8 hari ( ideal 3 hari )
Susu Beku yang Di Cairkan
2°c-4°c @ Pelbagai
24 jam
Susu Beku ( Frozen EBM)
Peti Beku ( Deep Freezer )
18°c
6 Bulan

Happy Breastfeeding                    
                                               
  

SN SITI KHALIJAH MUDA
KAUNSELOR  LAKTASI  (JKNT)
HOSPITAL KEMAMAN (BFHI)
014-5403955/09-8513333 ext: Lactation Nurses

Khamis, 24 Mac 2016

Assalamualaikum..

Lama tak enter...sy sekarang dah jadi Kaunselor untuk Induced Lactation..iaitu cetusan laktasi. Dimana kaunseling dan khidmat nasihat boleh saya berikan bagi ibu dan bapa yang mengambil anak angkat untuk menyusukan sendiri anak tersebut. Walaubagaimanapun ibu dan bapa haruslah menghadiri beberapa sessi kaunseling dan temujanji. Harus juga diingatkan bahawa ibu dan bapa yang betul-betul ingin berusaha dan bersemangat tinggi untuk menjayakan Inducec Lactation ini sahaja yang akan diberikan perhatian penuh.

Khamis, 18 Februari 2016

Induced Lactation

Selamat malam ibu-ibu semua...malam ni nak share sikit pasal Induced Lactation.....kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat..

Di sini saya ingin kongsikan petikan rencana dari akhbar untuk tatapan kita bersama....jom.


Ibu angkat mampu menyusukan anak angkatnya tetapi terdapat beberapa persediaan yang perlukan perhatian rapi sebelum anda memulakan niat murni itu.
Persediaan pertama demi merealisasikan impian menyusukan anak angkat perlu bermula dengan kaunseling bersama perunding laktasi atau kaunselor laktasi. Anda dan suami amat digalakkan untuk mengikutinya sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggungjawab memelihara anak angkat. Lakukannya dengan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bayi angkat diambil.
Semasa proses kaunseling, anda berdua akan dimaklumkan tentang proses yang bakal dilalui secara keseluruhan. Latar belakang anda akan diselidik daripada segi kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa. Anda juga akan dimaklumkan tentang kesan sampingan jika ada, semasa proses cetusan laktasi berlaku. Seterusnya anda biasanya diberi pilihan pelan yang bakal dilalui bersesuaian dengan latar belakang masing-masing bagi membolehkan pengubahsuaian gaya hidup bersesuaian dengan kehadiran bayi yang bakal ditimang.
Apabila bayi diambil, anda harus memulakan 'ikatan' dengan bayi. Hal ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya ialah melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan meletakkan bayi di atas dada.
Tujuannya untuk mewujudkan hubungan rapat yang pada masa bertindak sebagai sesi perkenalan di antara ibu dan anak. Dalam masa yang sama, suami turut digalakkan melakukan perkara yang sama.
Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali anda dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan banyakkan bersabar sekiranya perlu menempuh beberapa cabaran yang tidak diingini.
Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan sendirinya akan memulakan proses penyusuan. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Oleh itu, biarkan bayi menghisap atau melekap pada payudara. Langkah seterusnya, anda perlu mempelajari dan mengetahui serba sedikit posisi penyusuan yang bersesuaian agar proses penyusuan akan datang dapat berlangsung dengan lancar.
Setelah bayi berjaya melekap pada payudara, dia perlu diberi 'ganjaran' atas usaha hebat yang dilakukannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memberi ganjaran kepada bayi ialah:
i. Titisan Susu. Dalam keadaan bayi melekap pada payudara, titiskan susu gantian yang terkandung di dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi. Picit sedikit-sedikit atau anda boleh sudukan susu di tepi bahagian payudara menghala ke mulutnya. Titiskan serapat mungkin dengan mulut bayi.
ii. Gunakan Tiub. Hujung tiub khas dilekatkan pada payudara manakala hujung satu lagi berada dalam bekas yang mengandungi susu gantian. Ini membolehkan bayi menerima susu gantian melalui tiub semasa dia menyusu pada payudara.
iii. Bantuan Supplemental Nursing System (SNS). Fungsi alat ini sama dengan kaedah kedua tetapi dalam sistem peralatan ini, kesemua peralatan dibekalkan dalam pakej. Antara alat yang ada ialah bekas penyimpan susu, tali untuk menggantung peralatan di leher, tiub dalam tiga saiz berbeza bersesuaian dengan kelajuan aliran susu yang diperlukan bayi dan pita pelekat untuk melekatkan tiub pada payudara. Sama seperti pilihan lain, ia membolehkan bayi melekap dan menyusu pada waktu yang sama.
Hasil carian imej untuk penyusuan cetusan
Kunci utama dalam menjayakan matlamat menyusukan anak angkat ialah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin di dalam tubuh. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari. Hormon prolaktin berfungsi menghasilkan susu. Manakala hormon oksitoksin pula berperanan memancutkan susu keluar daripada payudara. Memandangkan kedua-dua hormon ini dirembes oleh kelenjar pitituari di bahagian otak, maka ia langsung tiada kena-mangena dengan rahim. Oleh kerana itu, anda yang belum pernah hamil atau melahirkan bayi juga berupaya menghasilkan susu.
Perubahan
Ibu akan dapati terdapat perubahan pada payudara mereka. Perubahan yang berlaku pada payudara seperti membesar, puting berwarna lebih gelap dan ibu juga mula merasai "tingling sensation" atau rasa picitan. Bayi akan menghisap payudara ibu setiap kali menyusu walaupun pada mulanya meminum susu formula. Proses stimulasi ini akan meningkatkan aras hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ibu juga harus berada dalam keadaan tenang dan sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak. Ini adalah untuk merangsang hormon oksitosin yang akan memancutkan susu keluar.
Susu yang keluar pada awal biasanya berwarna jernih seperti air beras dan putih seperti susu biasa. Walaupun susu awal kolostrum yang berwarna kuning pekat tidak akan keluar, namun saya pasti ia cukup buat anda teruja kerana susu telah keluar daripada payudara anda. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda membengkak dan susu mula dihasilkan. Teruskan penyusuan. Namun, cara-cara perlekapan (latch) yang betul perlu dipelajari sejak awal untuk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh berjaya.

Selain itu, ibu harus kerap mengepam payudara untuk merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu. Di sini konsep ‘supply’dan ‘demand’ berlaku. Lebih banyak ibu menyusu bayi, mengepam dan mengosongkan payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.
petikan dari: Bersama Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140824/kn_02/Penyusuan-ibu-untuk-anak-angkat#ixzz40XA10NBO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 17 Februari 2016

Hasil carian imej untuk miutiara kata

Assalamualaikum semua....pilihlah yang terbaik dalam apa jua perkara, jangan lupa mintalah nasihat daripida yang lebh tua, lebih tahu, lebih pakar.....

Selasa, 16 Februari 2016

HOSPITAL RAKAN BAYI HOSPITAL KEMAMAN..






Assalamualaikum semua kepada  yang melawat blog saya....hari bekerja  biasalah busy sikit nak uruskan keluarga dan anak-anak. Apa khabar hari ini. Nak tanya ni, pernah dengar tak tentang Hospital Rakan Bayi...

PENGENALAN
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu. Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) telah dilancarkan pada tahun 1991. Sehingga kini lebih daripada 20,000 hospital di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Malaysia telah melaksanakan inisiatif ini semenjak daripada tahun 1993. Pada tahun 1998, Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.
Untuk mendapat pengiktirafan Sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital perlu melaksanakan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan  Susu Ibu Yang Berjaya menggunakan ‘WHO/UNICEF Baby-Friendly Hospital Initiative Global Criteria’. 10 Langkah ini merupakan kriteria yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund).
United Nation Children’s Fund (UNICEF) dan World Health Organization (WHO) telah mengemas kini kriteria global iaitu 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya di mana aspek pematuhan Tata Etika, sokongan kepada ibu-ibu yang tidak menyusukan anak dengan susu ibu, mother-friendly care dan HIV and infant feeding di ambil kira dalam pelaksanaan kriteria global tersebut. Sehubungan dengan itu, semua hospital yang tamat tempoh tarikh sah laku sebagai Hospital Rakan Bayi pada 2012 akan dinilai semula menggunakan kriteria lama bermula Januari sehingga Mei 2012. Manakala penilaian semula menggunakan kriteria baru akan dijalankan mulai Januari 2013 bagi hospital yang tamat tempoh tarikh sah laku bagi tahun 2013.
OBJEKTIF
Hospital Rakan Bayi dibentuk untuk melindungi, mempromosi dan menyokong Penyusuan Susu Ibu iaitu dengan :-
  1. Mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu.
  2. Menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya.
  3. Menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.

Untuk Pengetahuan semua Hospital tempat saya bertugas iaitu Hospital Kemaman adalah salah sebuah Hospital Rakan Bayi Di Malaysia. Pengiktirafan ini telah diperolehi pada tahun 1997 lagi ye..dah masuk 18 tahun...untuk Hospital Rakan Bayi kita akan memastikan ibu-ibu  menyusukan bayi  dengan susu ibu sahaja..kecuali atas sebab perubatan atau ibu yang Hiv Positif sahaja.

Okay...nanti kita sambung esok ya...



FAKTA & MITOS PENYUSUAN IBU SEMASA BENCANA


Benarkah ketika bencana banjir misalnya, ibu tidak boleh menyusukan bayinya kerana dikhuatiri wabak yang menular akan menjangkiti si bayi?


Jom semak carta mengenai beberapa fakta dan mitos ringkas mengenai isu ini.
                 








Sumber dari : http://www.albaraqah.info/