Khamis, 18 Februari 2016

Induced Lactation

Selamat malam ibu-ibu semua...malam ni nak share sikit pasal Induced Lactation.....kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat..

Di sini saya ingin kongsikan petikan rencana dari akhbar untuk tatapan kita bersama....jom.


Ibu angkat mampu menyusukan anak angkatnya tetapi terdapat beberapa persediaan yang perlukan perhatian rapi sebelum anda memulakan niat murni itu.
Persediaan pertama demi merealisasikan impian menyusukan anak angkat perlu bermula dengan kaunseling bersama perunding laktasi atau kaunselor laktasi. Anda dan suami amat digalakkan untuk mengikutinya sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggungjawab memelihara anak angkat. Lakukannya dengan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bayi angkat diambil.
Semasa proses kaunseling, anda berdua akan dimaklumkan tentang proses yang bakal dilalui secara keseluruhan. Latar belakang anda akan diselidik daripada segi kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa. Anda juga akan dimaklumkan tentang kesan sampingan jika ada, semasa proses cetusan laktasi berlaku. Seterusnya anda biasanya diberi pilihan pelan yang bakal dilalui bersesuaian dengan latar belakang masing-masing bagi membolehkan pengubahsuaian gaya hidup bersesuaian dengan kehadiran bayi yang bakal ditimang.
Apabila bayi diambil, anda harus memulakan 'ikatan' dengan bayi. Hal ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya ialah melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan meletakkan bayi di atas dada.
Tujuannya untuk mewujudkan hubungan rapat yang pada masa bertindak sebagai sesi perkenalan di antara ibu dan anak. Dalam masa yang sama, suami turut digalakkan melakukan perkara yang sama.
Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali anda dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan banyakkan bersabar sekiranya perlu menempuh beberapa cabaran yang tidak diingini.
Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan sendirinya akan memulakan proses penyusuan. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Oleh itu, biarkan bayi menghisap atau melekap pada payudara. Langkah seterusnya, anda perlu mempelajari dan mengetahui serba sedikit posisi penyusuan yang bersesuaian agar proses penyusuan akan datang dapat berlangsung dengan lancar.
Setelah bayi berjaya melekap pada payudara, dia perlu diberi 'ganjaran' atas usaha hebat yang dilakukannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memberi ganjaran kepada bayi ialah:
i. Titisan Susu. Dalam keadaan bayi melekap pada payudara, titiskan susu gantian yang terkandung di dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi. Picit sedikit-sedikit atau anda boleh sudukan susu di tepi bahagian payudara menghala ke mulutnya. Titiskan serapat mungkin dengan mulut bayi.
ii. Gunakan Tiub. Hujung tiub khas dilekatkan pada payudara manakala hujung satu lagi berada dalam bekas yang mengandungi susu gantian. Ini membolehkan bayi menerima susu gantian melalui tiub semasa dia menyusu pada payudara.
iii. Bantuan Supplemental Nursing System (SNS). Fungsi alat ini sama dengan kaedah kedua tetapi dalam sistem peralatan ini, kesemua peralatan dibekalkan dalam pakej. Antara alat yang ada ialah bekas penyimpan susu, tali untuk menggantung peralatan di leher, tiub dalam tiga saiz berbeza bersesuaian dengan kelajuan aliran susu yang diperlukan bayi dan pita pelekat untuk melekatkan tiub pada payudara. Sama seperti pilihan lain, ia membolehkan bayi melekap dan menyusu pada waktu yang sama.
Hasil carian imej untuk penyusuan cetusan
Kunci utama dalam menjayakan matlamat menyusukan anak angkat ialah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin di dalam tubuh. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari. Hormon prolaktin berfungsi menghasilkan susu. Manakala hormon oksitoksin pula berperanan memancutkan susu keluar daripada payudara. Memandangkan kedua-dua hormon ini dirembes oleh kelenjar pitituari di bahagian otak, maka ia langsung tiada kena-mangena dengan rahim. Oleh kerana itu, anda yang belum pernah hamil atau melahirkan bayi juga berupaya menghasilkan susu.
Perubahan
Ibu akan dapati terdapat perubahan pada payudara mereka. Perubahan yang berlaku pada payudara seperti membesar, puting berwarna lebih gelap dan ibu juga mula merasai "tingling sensation" atau rasa picitan. Bayi akan menghisap payudara ibu setiap kali menyusu walaupun pada mulanya meminum susu formula. Proses stimulasi ini akan meningkatkan aras hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ibu juga harus berada dalam keadaan tenang dan sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak. Ini adalah untuk merangsang hormon oksitosin yang akan memancutkan susu keluar.
Susu yang keluar pada awal biasanya berwarna jernih seperti air beras dan putih seperti susu biasa. Walaupun susu awal kolostrum yang berwarna kuning pekat tidak akan keluar, namun saya pasti ia cukup buat anda teruja kerana susu telah keluar daripada payudara anda. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda membengkak dan susu mula dihasilkan. Teruskan penyusuan. Namun, cara-cara perlekapan (latch) yang betul perlu dipelajari sejak awal untuk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh berjaya.

Selain itu, ibu harus kerap mengepam payudara untuk merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu. Di sini konsep ‘supply’dan ‘demand’ berlaku. Lebih banyak ibu menyusu bayi, mengepam dan mengosongkan payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.
petikan dari: Bersama Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140824/kn_02/Penyusuan-ibu-untuk-anak-angkat#ixzz40XA10NBO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 17 Februari 2016

Hasil carian imej untuk miutiara kata

Assalamualaikum semua....pilihlah yang terbaik dalam apa jua perkara, jangan lupa mintalah nasihat daripida yang lebh tua, lebih tahu, lebih pakar.....

Selasa, 16 Februari 2016

HOSPITAL RAKAN BAYI HOSPITAL KEMAMAN..






Assalamualaikum semua kepada  yang melawat blog saya....hari bekerja  biasalah busy sikit nak uruskan keluarga dan anak-anak. Apa khabar hari ini. Nak tanya ni, pernah dengar tak tentang Hospital Rakan Bayi...

PENGENALAN
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu. Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) telah dilancarkan pada tahun 1991. Sehingga kini lebih daripada 20,000 hospital di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Malaysia telah melaksanakan inisiatif ini semenjak daripada tahun 1993. Pada tahun 1998, Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.
Untuk mendapat pengiktirafan Sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital perlu melaksanakan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan  Susu Ibu Yang Berjaya menggunakan ‘WHO/UNICEF Baby-Friendly Hospital Initiative Global Criteria’. 10 Langkah ini merupakan kriteria yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund).
United Nation Children’s Fund (UNICEF) dan World Health Organization (WHO) telah mengemas kini kriteria global iaitu 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya di mana aspek pematuhan Tata Etika, sokongan kepada ibu-ibu yang tidak menyusukan anak dengan susu ibu, mother-friendly care dan HIV and infant feeding di ambil kira dalam pelaksanaan kriteria global tersebut. Sehubungan dengan itu, semua hospital yang tamat tempoh tarikh sah laku sebagai Hospital Rakan Bayi pada 2012 akan dinilai semula menggunakan kriteria lama bermula Januari sehingga Mei 2012. Manakala penilaian semula menggunakan kriteria baru akan dijalankan mulai Januari 2013 bagi hospital yang tamat tempoh tarikh sah laku bagi tahun 2013.
OBJEKTIF
Hospital Rakan Bayi dibentuk untuk melindungi, mempromosi dan menyokong Penyusuan Susu Ibu iaitu dengan :-
  1. Mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu.
  2. Menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya.
  3. Menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.

Untuk Pengetahuan semua Hospital tempat saya bertugas iaitu Hospital Kemaman adalah salah sebuah Hospital Rakan Bayi Di Malaysia. Pengiktirafan ini telah diperolehi pada tahun 1997 lagi ye..dah masuk 18 tahun...untuk Hospital Rakan Bayi kita akan memastikan ibu-ibu  menyusukan bayi  dengan susu ibu sahaja..kecuali atas sebab perubatan atau ibu yang Hiv Positif sahaja.

Okay...nanti kita sambung esok ya...



FAKTA & MITOS PENYUSUAN IBU SEMASA BENCANA


Benarkah ketika bencana banjir misalnya, ibu tidak boleh menyusukan bayinya kerana dikhuatiri wabak yang menular akan menjangkiti si bayi?


Jom semak carta mengenai beberapa fakta dan mitos ringkas mengenai isu ini.
                 








Sumber dari : http://www.albaraqah.info/

Ahad, 14 Februari 2016

Breast pump Madela





Assalamualaikum semua..selamat bertemu kembali.......

Puan-puan kat luar sana ada masalh tak nak mencari Breast Pump yang terbaik...susah jugak ye nak cari breast pump ni..ye lah kadang-kadang tu beli breast pump tak guna pun..sebab susu tak keluar bila kita pum...breast je yang sakit....saya nak cari breast pump brand Madela..ada sesiapa tahu tak kat mana nak dapatkan...kalau yang hospital gred pump tu lagi elok...sebab nak letak dekat tempat kerja...hihihi...mesti mahal kan..kalau ada sesiapa yang terbaca blog ni boleh contact no sy 0145403955.



Best kan kalau dapat yang ni.........tapi tak tau nak cari dekat mana....









Sabtu, 13 Februari 2016

Apa yang terbaik untuk Baby



Assalamualaikum kepada semua....

Tentunya kita merasa bertuah dikurniakan dengan baby baru kan...tapi adakah ibu baru telah bersedia untuk menjadi seorang ibu.....menyusukan bayi terutamanya...tahukan ibu-ibu hanya susu ibu yang terbaik untuk bayi anda...susu awal itu mengandungi ANTIBODI PERTAMA buat bayi anda....jadi berusahalah walau betapa sukar untuk ibu-ibu semua memulakan penyusuan ibu itu. Tolonglah jangan berputus asa...


Tahukah ibu-ibu saiz perut baby kita selepas dilahirkan.....mesti ramai yang tak tahu kan..
Nah boleh rujuk gambar disebelah...hanya sebesar buah ceri sahaja...kecil saja kan...jadi walaupun susu kita tak banyak lagi ianya susdah mencukupi untuk bayi kita..Betul tak...so jangan susah hati okay ibu-ibu.